Pengenalan

1.Kata ganti nama diri ialah kata yang digunakan untuk menggantikan kata nama orang

2. Kata ganti nama diri terdiri daripada:

(a). Kata Ganti Nama Diri Pertama

(b). Kata Ganti Nama Diri Kedua

(c). Kata Ganti Nama Diri Ketiga

Tuesday 6 November 2012

Selamat Bercuti

Tinggal 2 hari lagi persekolahan tahun 2012.Cikgu harapkan waktu cuti sekolah itu diisi dengan kerja-kerja yang berfaedahKamu sudah boleh mula membaca buku tahun 4 sebagai persediaan.Kepada murid kelas 3 Cerdik,cikgu nak ucapkan terima kasih di atas kerjasama yang telah kamu berikan kepada cikgu.Cikgu minta maaf sekiranya ada kekasaran bahasa cikgu terhadap kamu.Cikgu doakan kamu berjaya suatu hari kelak.

Tuesday 16 October 2012

Assalamualaikum,
Kepada anak-anak murid cikgu.
Cikgu berharap agar kamu membuat ulangkaji untuk menghadapi peperiksaan akhir pada 29 Oktober ini.Masih ada seminggu lebih sahaja untuk kamu mengisi masa dengan melakukan perkara-perkara yang berfaedah.Cikgu doakan agar kamu berjaya menjawab soalan dengan baik.Jaga diri..hiasi peribadi kamu..

Salam sayang daripada:
Cikgu Noor Iza

Wednesday 10 October 2012

Kata Ganti Nama Diri Pertama


Kata Ganti Diri Pertama
1.       Kata ganti diri pertama ialah kata yang digunakan untuk menggantikan diri orang yang bercakap.
2.       Kata ganti diri pertama terbahagi dua, iaitu yang berbentuk tunggal dan yang berbentuk jamak.

Kata Ganti Nama Diri
Pertama
Penggunaannya
aku (tunggal)
digunakan apabila bercakap dengan  kawan biasa atau dengan Tuhan
saya (tunggal)
digunakan apabila bercakap dengan  seseorang yang baru dikenal atau dalam suasana rasmi
hamba (tunggal)
digunakan pada diri sendiri pada zaman dahulu
patik (tunggal)
digunakan oleh rakyat apabila bercakap dengan raja atau sultan
beta (tunggal)
digunakan oleh raja atau sultan apabila bertitah kepada rakyat
kami (jamak)
digunakan kepada diri orang yang berkata serta temannya apabila bercakap dengan orang kedua
kita (jamak)
digunakan kepada diri sendiri dan menyertakan diri orang kedua

Gantinama Diri Bilangan Tunggal dan Bilangan Banyak

Bentuk
contoh kata nama diri pertama
tunggal
beta, patik, aku, saya
jamak
kita, kami, kita orang

Kata Ganti Nama Diri Kedua


Kata ganti diri kedua digunakan ketika kita berbual dengan seseorang.
Kata ganti ini boleh dipecahkan kepada dua bentuk, iaitu bentuk tunggal dan bentuk jamak seperti berikut :

Bentuk
contoh kata Ganti Diri kedua
Tunggal
tuanku, wak, kamu, anda, engkau
Jamak
kalian
Kata Ganti Nama Diri
Kedua
Penggunaannya
anda (tunggal)
digunakan untuk diri orang kedua apabila tidak berhadapan dengan kita
awak (tunggal)
digunakan untuk diri orang kedua yang rapat hubungannya dengan kita
engkau (tunggal)
digunakan untuk diri orang kedua yang rapat hubungannya dengan kita dan
dengan Tuhan juga
tuanku (tunggal)
digunakan apabila bercakap dengan sultan dan raja
kalian (jamak)
digunakan untuk beberapa orang yang diajak bercakap
kamu (tunggal dan jamak)
digunakan untuk diri orang kedua yang rapat hubungannya dengan kita

Kata Ganti Nama Diri Ketiga




Kata ganti nama diri ketiga ialah bagi merujuk kepada orang ketiga,kata-kata seperti
mereka, beliau, baginda hendaklah digunakan.
Kata ganti diri ketiga boleh dipecahkan kepada dua bentuk.

Bentuk
Contoh kata ganti diri ketiga
tunggal
ia, dia, beliau, baginda
jamak
mereka
Kata Ganti Diri Ketiga
Penggunaannya
baginda (tunggal)
digunakan untuk raja dan sultan
beliau (tunggal
digunakan untuk orang yang kita hormati, misalnya
ibu bapa, guru, dan pemimpin
dia dan ia (tunggal)
digunakan untuk orang yang umum seperti orang biasa dan rakan
mereka (jamak)
digunakan untuk orang yang bilangannya lebih daripada seorang